SESI fotografi sebuah perkahwinan bertukar kecoh apabila pengantin lelaki terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan seorang budak lelaki. Clayton Cook terjun ke dalam air tanpa teragak-agak untuk menarik mangsa lemas ke tebing sungai. Dalam kenyataannya kepada CTV News, Clayton berkata, muka mangsa berada di dalam air dan dia bergelut untuk menyelamatkan diri. Menurutnya lagi, kanak-kanak itu telah ditolak ke dalam air oleh kawannya. Mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan dan terus berlalu pergi bersama adik-beradiknya yang lain setelah diselamatkan. Pengantin perempuan, Britanny, menyatakan tindakan suaminya yang pantas menyelamatkan budak itu merupakan salah satu sebab dia jatuh cinta kepada lelaki itu. Sementara itu, jurufoto pengantin, Daren Hatt, terkilan kerana tidak sempat untuk merakamkan detik cemas kejadian itu. - The Sun