suria

Twitter Uji Guna 280 Aksara

LAMAN media sosial Twitter sedang menguji had aksara yang lebih panjang untuk kemudahan pelayarnya, lapor BBC.

Twitter kini menghadkan tweet kepada 140 aksara, tetapi telah menggandakannya kepada 280 aksara untuk sekumpulan pengguna kecil buat masa ini.

Had aksara menyebabkan ada sesetengah pengguna berasa kecewa, kata firma itu dalam catatan blog.

Firma itu telah mengalami pertumbuhan perlahan dan peralihan itu boleh menjadi satu cara bagi firma itu untuk memperluaskan daya tarikannya dan menarik pengguna baru.

Pengurus produk Twitter, Aliza Rosen berkata, had aksara yang lebih panjang sedang diuji dalam semua bahasa Jepun, Cina dan Korea di mana bahasa berkenaan boleh menyampaikan lebih banyak maklumat dalam watak tunggal.

"Kami faham kerana ramai diantara anda telah menggunakan Twitter selama bertahun-tahun. Mungkin ia memberikan perasaan emosional kerana had 140 aksara. Kami merasakannya juga," katanya

Twitter

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Langgar Orang Ala 'Drive Thru'...

Artikel Lain