JUSTIN Hopwood dahulunya merupakan salah seorang model lelaki utama bagi jenama Ralph Lauren dari 2010 sehingga 2016. Namun di saat kemuncak itu, dia mengalami masalah keguguran rambut. Model kelahiran Afrika Selatan itu mula menunjukkan tanda-tanda masalah masalah alopesia atau keguguran rambut yang kritikal pada 2015. "Hilang rambut bererti hilang pendapatan anda," kata model yang berketinggian enam kaki dua inci ini kepada majalah GQ. "Anda boleh bekerja di pejabat dan mereka mahu anda menggunakan otak, dan anda boleh. Kewangan anda okay. Anda masih boleh mendapat gaji dan bos anda tidak akan berkata seperti ini 'Oh, anda menghidap alopesia - anda terkeluar'." "Saya tidak mengatakan ia adalah kes yang berlaku dalam peragaan, tetapi ia seperti yang saya boleh faha,. Anda perlu mengikut imej tertentu, itulah caranya," kara Hopwood. Bila model berusia 28 tahun itu memutuskan untuk memotong rambutnya, berita tersebar dalam dunia fesyen. Hopwood mengulas mengenai betapa kekoknya bila orang menyedari ia bukan pilihan gaya untuk model, tetapi lebih kepada kesihatannya. "Mereka sedar ia dicukup atas satu sebab, kerana bila anda memotongnya, ia dapat dilihat dengan begitu ketara," katanya. Bagaimanapun, model yang pernah berambut panjang sebelum ini berharap ia dapat kembali tumbuh pada masa akan datang. Menurut Hopwood, dia sanggup mengambil lebih 600 suntikan hormon pada wajah dan muka sejak dua tahun lalu bagi mengembalikan keadaanya seperti sedia kala. Dia tidak gemar mengambil ubat-ubatan yang ditetapkan alopesia, tetapi dia menjalani program pertumbuhan rambut. Rambutnya kini mulai tumbuh sedikit. Apapun bagi Hopwood, dia menerima hakikat terhadap sebarang keadaannya. "Bila anda mula menerimanya, anda boleh belajar daripadanya. "Sekarang saya mengalami alopesia, tetapi ia bukan isu besar. (Rambut) mungkin tumbuh kembali. "Tapi jika tidak, apapun, tiada sesiapa pun akan membenci saya disebabkan itu, dan tiada sebab orang untuk tidak menyukai saya," tegas Hopwood. - Mail Online