KERAJAAN Belgium berhasrat mengambil tindakan ke atas sebuah syarikat penerbangan yang dianggap tidak profesional. Timbalan Perdana Menteri Kris Peeters mengumumkan perancangannya untuk menyaman sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Ryanair berikutan banyak pembatalan penerbangan berlaku. Peetters yang juga menguruskan hal ehwal pengguna mengkritik Ryanair yang hanya menggunakan bahasa Inggeris terhadap pelanggan Perancis-Belgium dan Belanda serta gagal memberi hak-hak pengguna. Syarikat yang berpengkalan di Dublin itu dilaporkan telah melakukan pembatalan lebih seribu penerbangan di Eropah. Malah pembatalan penerbangan juga sehingga awal tahun 2018. Bagaimana pun minggu lalu, Ryanair mempertahankan haknya dan memberitahu telah memaklumkan kepada pelanggan mengenai pembatalan pesawatnya dan turut menawarkan alternatif penerbangan lain atau mendapat bayaran balik. Jelasnya, pelanggan juga turut menerima baucer perjalanan bernilai 40 euro. - Dailymail