DEMI ingin kelihatan sentiasa muda, seorang wanita berusia 45 tahun menyuntik dirinya dengan sejenis bakteria, Bacillus F. Bakteria tersebut dilaporkan berusia 3.5 juta tahun dari Siberia dikatakan dapat menghalang kesan penuaan di wajah. Wanita tersebut menganggapkan dirinya sebagai 'makmal tikus manusia' yang menjadi manusia pertama yang menyuntik diri sendiri dengan Bacillus F, bakteria dari zaman purba. Selepas tiga bulan menggunakan bakteria tersebut, wanita kelahiran Jerman itu mengakui ada perubahan di wajah yang kelihatan lebih muda daripada usianya.