suria

Kes Cerai Di Batam Naik Lebih 1,000

MASALAH kewangan menjadi punca utama berlakunya penceraian dalam kalangan pasangan di Batam, Kepulauan Riau.

Kes penceraian itu juga kerana si isteri memfailkan permohonan cerai kerana suami diberhentikan kerja, demikian menurut data mahkamah syariah Batam.

Mahkamah itu merekodkan 1,300 kes penceraian antara Januari hingga September tahun ini di mana 80 peratus kes difailkan pihak wanita.

"Majoriti kes melibatkan isu kewangan kerana suami tidak dapat membiayai keperluan isteri atau keluarga," kata jurucakap mahkamah berkenaan, Ahmad Nabawi.

Jumlah kes cerai meningkat kira-kira 1,000 di mahkamah berkenaan.

Dalam usaha untuk mengurangkan kadar penceraian itu, Kementerian Hal Ehwal Agama Batam menggalakkan orang tengah untuk membantu pasangan bermasalah.

Proses pengantaraan ini berlaku sebelum pasangan suami isteri meneruskan proses penceraian di mahkamah.

Laporan Agensi Penguatkuasaan Batam menunjukkan antara Januari hingga Julai lalu terdapat 46 syarikat di bandar itu yang gulung tikar, sekali gus mengakibatkan 3,000 pekerja diberhentikan. - Jakarta Post 


Batam

Artikel Sebelum

'Spider Women' Luo

Artikel Berikut

Artikel Lain