suria

Nahas Bas Rosak Di Landasan Kereta Api

MOSCOW: Semua penumpang dan pemandu bas maut apabila kenderaan yang rosak ketika melintasi landasan kereta api telah dirempuh pengangkutan awam itu di persimpangan berhampiran ibu negara Rusia, awal pagi Jumaat.

Kereta api yang merempuh bas berkenaan dalam perjalanan dari Saint Petersburg ke Nizhny Novgorod.

Kejadian itu berlaku pada pukul 3.29 pagi berhampiran bandar Pokrov, 110 kilometer ke timur Moscow.

Sekurang-kurangnya 16 terkorban, termasuk seorang kanak-kanak.

“Semua mangsa maut termasuk seorang kanak-kanak. Penumpang lain yang cedera telah dihantar ke hospital.

"Bagaimanapun jumlah sebenar kematian dan mangsa cedera masih belum dapat dipastikan,” kata jurucakap Jawatankuasa Penyiasat.

Sementara itu, kementerian luar negara Kazakhstan berkata, dua pemandu bas yang maut adalah rakyatnya.

Menurutnya, 55 rakyat Uzbekistan turut menaiki bas itu, lapor agensi berita Interfax.

Pada Ogos lalu, 17 maut apabila bas membawa buruh binaan terbabas ke dalam Laut Hitam.

Rusia, Pakrov

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain