suria

Bina Lif Tak Tahan Dengar Leteran Menantu

SEORANG lelaki bosan dengan leteran menantunya mengenai susahnya menaiki tangga setiap kali untuk ke kediamannya di tingkat enam di sebuah apartment. 

Dia kemudian mengambil keputusan untuk membina sebuah lif persendirian yang hanya naik untuk ke kediamannya di Chongqing, China.

Walaupun tinggal di apartment di daerah Tongliang selama bertahun-tahun, tetapi lelaki yang dikenali sebagai Xong tidak pernah merungut untuk menaiki tangga ke rumahnya setiap hari.

Bagaimanapun, menantunya mula merungut betapa letih menaiki tangga sejak berpindah ke rumahnya.

Jika mengusir menantunya keluar dari rumah itu mungkin akan memberi kesan kepada anak perempuannya.

Keputusan menang-menang itu terhasil selepas rancangan membina sebuah lif untuk terus naik ke kediamannya di tingkat enam.

Xong tidak lagi mendengar leteran menantunya yang kini lebih senang untuk naik dan turun ke rumah mereka setiap hari. 

Pembinaan lif tersebut bermula hujung tahun lalu dan siap sepenuhnya selepas beberapa bulan.

Video yang memaparkan struktur lif ke kediamannya itu tular di media sosial. - odditycentral

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain