suria

Hadiah 'Skydiving' Bawa Maut

Bunga diletakkan di lokasi salah seorang daripada tiga mayat ditemui. -fotoABCNews

IBU kepada lapan anak maut ketika melakukan aktiviti terjunan lasak 'skydiving' yang merupakan hadiah hari jadinya yang ke-50.

Kerri Pike bersama dua lagi penerjun berpengalaman maut ketika dia melakukan terjunan bersama salah seorang daripada mereka yang juga bertindak sebagai pengajarnya.

Tetapi, seorang lagi pengajar yang membuat terjunan solo telah merempuh pasangan tersebut dan ketiga-tiga mereka maut selepas jatuh terhempas di lokasi pelancongan Mission Beach di Queensland, Australia.

-fotoSusanKelly

Aktiviti skydiving itu adalah hadiah hari jadi yang diberikan kepada Kerri oleh keluarganya.

Seorang saksi yang terkejut berkata: "Anda dapat melihat satu payung terjun berbelit-belit dan ia tidak dibuka. Saya hanya dapat melihat ia terus jatuh di belakang pokok, dan itulah kali terakhir saya melihatnya."

Mayat wanita terbabit dan bersama pengajarnya ditemui di sebuah ladang, manakala mayat penerjun solo ditemui di kawasan berdekatan.

Seorang jurucakap polis Queensland berkata: "Seorang penerjun solo dipercayai telah bertembung dengan mereka yang membuat terjunan berdua.

"Dua lelaki berusia 30-an dan seorang wanita berusia 50-an ditemui mati di tempat kejadian." -dailystarUK

aktiviti skydiving

Artikel Sebelum

Lelaki Ditahan Curi Baju Dalam

Artikel Lain