suria

Kisah Menyayat Hati Penguin Mati Di Sisi 'Kekasih Kadbod'

GRAPE-kun, seekor penguin tua di Jepun yang popular selepas jatuh cinta dengan gadis kadbod dilaporkan telah mati.

Cukup menyayat hati apabila penguin berusia 20 tahun itu mati di sisi teman wanitanya di Zoo Tobu selepas sakit.

Potongan kadbod seorang gadis dari siri anime Kemono Girls pada mulanya diletakkan di kandang Grape-kun semasa kempen iklan pada April dan tanpa disangka-sangka penguin ini telah jatuh cinta dengannya.

Grape-kun akan berdiri dan menatap gadis tersebut yang bernama Hululu sepanjang hari, sehinggakan kakitangan zoo perlu mengalihkannya untuk tempoh tertentu selepas haiwan tersebut asyik merenungnya ketika waktu makan.

Mungkin Grape-kun bimbang Hululu akan meninggalkannya jika dia terlepas pandang.

Selain perlu mengalihkan Hululu supaya Grape-kun makan makanannya, kakitangan terpaksa juga terpaksa mengalihkannya semasa taufan, kerana bimbang kadbod itu akan diterbangkan angin.

Penguin tersebut dilihat seperti patah hati ketika Hululu tiada dan kakitangan zoo terpaksa meletakkannya semula sebaik sahaja keadaan selamat.

Grape-kun akan berdiri di hadapan Hululu dengan paruhnya ke atas dan mengibaskan sayapnya, menandakan kemantapannya.

Sama seperti kisah cinta agung lain, kisah ini berakhir dengan gembira kerana hubungan seekor penguin dengan gadis kadbod telah membuatkan dirinya mendapat jutaan peminat di seluruh dunia.

Grape-kun, Zoo Tobu

Artikel Sebelum

Hadiah 'Skydiving' Bawa Maut

Artikel Berikut

Artikel Lain