suria

Bapa Saudara Kate Middleton Tumbuk Isteri

Goldsmith dilihat bersama Julia dan anak mereka Tallulah di London.

BAPA saudara kepada Duchess of Cambridge Kate Middleton, Gary Goldsmith didakwa menyerang isterinya dalam satu pertengkaran awal pagi Khamis.

Pasangan itu dilaporkan baharu saja pulang daripada sebuah kelab malam apabila Julie-Ann Goldsmith, 47, ditemui dalam keadaan cedera di luar rumah mereka di London.

Goldsmith, 52, didakwa menumbuk mata Julie dan isterinya itu tidak sedarkan diri selepas kepalanya terhantuk di atas permukaan jalan berturap, lapor The Sun.

Julia dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans untuk menerima rawatan dan sudah dibenarkan keluar wad.

Difahamkan, pergaduhan mula tercetus apabila Julia bertanyakan kepada suaminya mengenai dakwaan penggunaan kokain.

"Dia menjerit ke arah isterinya dan menamparnya di muka sehingga kaca matanya terjatuh.

"Dia kemudian menumbuk muka wanita itu sehingga dia terjatuh dan terhantuk di atas permukaan jalan," kata pemandu teksi yang dinaiki pasangan terbabit.

Menurut laporan, Goldsmith berada dalam tahanan polis sehingga pukul 6 petang Jumaat.

Jurucakap polis memberitahu The Sun bahawa keputusan sama ada untuk mendakwa Goldsmith atau tidak berhubung insiden itu bergantung kepada kesanggupan isterinya untuk membuat laporan polis mengenainya.

Kate Middleton

Artikel Berikut

Artikel Lain