SEORANG penulis warga Scotland yang membayar hanya £46 (RM256) untuk penerbangan ke Greece 'mendapat' kesemua 189 kerusi di dalam pesawat itu. Peluang yang mungkin sekali seumur hidup itu selepas penumpang lain yang membuat tempahan bagi penerbangan itu tidak tampil sewaktu berlepas. Karon Grieve mengambil gambar swafoto menunjukkan barisan kerusi yang kosong dalam penerbangan Jet2 dari Glasgow ke Crete pada Ahad lalu. Semasa di kaunter daftar masuk, wanita berusia 57 tahun dari Dunlop, Ayrshire itu diberitahu hanya tiga orang termasuk dirinya membuat tempahan bagi penerbangan bermusim itu. Karen mendapat kesemua 189 tempat duduk di dalam pesawat. Bagaimanapun dua lagi penumpang tidak muncul, sekali gus menyaksikan Karon sebagai seorang penumpang yang penting, selain diberikan hidangan percuma dan pilihan tempat duduk di dalam pesawat. Malah juruterbang turut memberikan ucapan secara peribadi kepada dirinya menerusi intercom semasa dalam penerbangan, bagi memberitahu destinasi yang dituju. Selepas mendarat, Karon tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan bagasinya kerana dia mendapatkannya sejurus keluar dari pesawat. - Mirror