suria

Kilang Mercun Meletup: 47 Pekerja Maut

KOSAMBI, Indonesia: Dua letupan dan kebakaran di sebuah kilang mercin di pinggir barat Jakarta meragut 47 nyawa dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam kejadian yang berlaku pada Khamis, kata polis dan angka kematian dijangka meningkat.

Kepulan asap tebal datang dari gudang kilang mercun yang terletak di daerah Tangerang, sebuah hab perindustrian dan pembuatan di pulau Jawa.

Beberapa jam kemudian, kilang tersebut masih membara dan bau  hangit seperti plastik terbakar serta bahan kimia jelas dapat dihidu.

Menurut laporan awal media, semua mangsa yang maut masih belum dikenal pasti dan kebanyakan mayat ditemukan dalam keadaan rentung.

Polis juga sedang mengambil keterangan keluarga para pekerja kilang berkenaan dalam proses mengenal pasti semua mangsa terbabit.

Sebanyak 103 orang direkodkan sebagai pekerja di kilang berkenaan dan pasukan bomba masih menjalankan kerja-kerja pemadaman api sejak lebih lima jam.

Mereka yang cedera sedang dirawat di beberapa buah hospital di sekitar Jakarta.

Polis masih menyiasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan jumlah mangsa yang terkorban mungkin bertambah. - Reuters

kilang mercun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain