suria

Abu Raja Thailand Dipulangkan Ke Istana

BANGKOK: Abu jenazah Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej dikembalikan ke istana pada Jumaat sebagai sebahagian daripada upacara pembakaran lima hari Baginda.

Raja Bhumibol adalah raja paling lama memerintah di dunia ketika dia mangkat setahun lalu iaitu ketika berusia 88 tahun.

Pemerintahannya selama tujuh dekad diwarnai dengan beberapa peristiwa huru-hara dalam sejarah Thailand moden, termasuk rampasan kuasa, tindakan keras terhadap pemprotes pelajar, bencana alam dan krisis kewangan serantau.

Anaknya, Raja Maha Vajiralongkorn (gambar) mengetuai upacara pembakaran jenazah ayahandanya di sebuah krematorium emas pada lewat malam Khamis di ibu kota Thailand.

Kebanyakan yang berkabung menunggu untuk melihat asap keluar dari krematarium itu dan ada antara mereka yang menangis.

Walaupun kebanyakan rakyat sudah semakin berkurangan pada Jumaat, namun masih terdapat ribuan orang awam yang masih setia menunggu upacara yang bernilai 90 juta dollar Amerika (RM381 juta) itu berlangsung sehingga tamat.

Raja Bhumibol Adulyadej

Artikel Sebelum

Pemilik Kilang Mercun Disiasat

Artikel Berikut

Artikel Lain