suria

Sarang Burung Punya Hal, Patah Tulang Muka

-fotoLydia Clark

SEORANG lelaki patah tulang muka ketika cuba mengalihkan sarang burung merpati dari bumbung rumahnya.

Tom Locke, 40, diterbangkan pada jarak 65 kilometer dari Hythe, Kent, ke Hospital King's College dengan helikopter selepas dia jatuh dari tingkat tiga ketika cuba mengambil sarang burung merpati di belakang panel solar bumbung rumahnya, Selasa lepas.

Dia jatuh di anjung kiri rumah dan semua tulang mukanya patah, selain menderita patah tulang paha, retak tulang lengan dan pergelangan tangan, siku terkehel dan mengalami pendarahan teruk.

Pasangannya, Lydia Clark, yang melihat kejadian itu segera menelefon ambulans.

Selepas menerangkan kecederaan Locke, bantuan kecemasan ambulans udara tiba 20 minit kemudian.

Dia segera diintubasi di tempat kejadian dan diterbangkan ke hospital, di mana dia diletakkan ke Unit Rawatan Rapi.

Pada keesokan harinya dia menjalani pembedahan tulang paha, pergelangan tangan dan diberikan trakeostomi, tiub pernafasan bagi membolehkan dia sedar.

Dia juga menjalani pembedahan selama 10 jam dan kini sedang menunjukkan tanda-tanda pulih di hospital.

Tom Locke. -fotoLydiaClark

Kisah Locke muncul ketika hospital merayakan ulang tahun pertama pembukaan perkhidmatan helikopter mereka bernilai £9.6 juta yang mempercepat urusan mengambil pesakit ke unit kecemasan.

Dia yang berusia 40 tahun memberitahu Evening Standard: "Tanpa helipad, saya mungkin akan mati, jadi saya sangat berterima kasih kepada King dan kru ambulans udara kerana menyelamatkan nyawa saya.

"Anda benar-benar tidak menyedari betapa pentingnya perkhidmatan ini sehingga anda memerlukannya. Syukur anak-anak dan anak saya yang bakal lahir masih mempunyai bapa."

Clark yang sedang hamil berkata: "Tanpa helipad Tom mungkin tidak sempat tiba di hospital tepat pada waktunya. Pengalaman ini meninggalkan kesan dramatik sepanjang hidup dan terima kasih kepada helikopter dan pasukan King."

Sejumlah 162 pesakit telah diterbangkan ke King sejak helipad itu dibuka. -metroUK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain