SEORANG budak perempuan berusia 11 tahun dari Nepal menjadi perhatian ramai kerana memiliki kelebihan luar biasa apabila mampu mengenal warna menerusi bau. Deepti Regmi boleh mengenal pasti apa jua warna meskipun dalam keadaan matanya ditutup. Walaupun dia tidak menjalani rawatan perubatan secara rasmi, kelebihan luar biasa yang dimilik Deepti dilaporkan ada kaitan dengan fenomena deria dikenali sebagai synaesthesia. Synaesthesia menyebabkan deria seseorang menjadi keliru apabila rasa kepada satu input deria (seperti mata) untuk merangsang deria yang lain (hidung). Inilah yang menyebabkan Deepti hanya mahu mengenal pasti warna menerusi deria bau. Malah terdapat kes dimana seseorang dapat meneka warna apabila mereka mendengar muzik atau bunyi. Apa-apa kombinasi deria ini mungkin terjadi tetapi ia tidak terhad kepada contoh di atas.