suria

Gaun Daun Ambil Masa 6 Bulan Untuk Siap

SERAMAI empat pelajar tahun dua dari Universiti Hefei di China membuktikan bahawa anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli pakaian berjenama untuk kelihatan hebat.

Anda boleh merekanya sendiri secara percuma, hanya dengan menggunakan daun tumbuhan.

Gambar gaun unik yang menakjubkan itu tular di laman sosial negara itu selama hampir seminggu.

Orang ramai masih tidak dapat berhenti menyatakan kekaguman terhadap kecantikan gaun mereka.

Lihat sahaja kreativiti yang dapat terjemahkan oleh keempat-empat pelajar itu yang menggunakan hampir 6,000 daun, benang dan kesabaran.

Pasukan yang menghasilkan gaun unik itu terdiri daripada dua pelajar perempuan dan dua pelajar lelaki.

Mereka mendapat idea enam bulan lalu iaitu ketika cuba menghasilkan projek yang menarik untuk menyertai "Pertandingan Spesimen Haiwan dan Tumbuhan" tahunan di Universiti Hefei.

Ketika itu, gadis-gadis tersebut tidak dapat berhenti bercakap tentang betapa cantiknya pakaian yang dipakai oleh pelakon China, Fan Bing Bing pada Festival Cannes.

Salah seorang daripada mereka mencadangkan agar mereka cuba mencipta semula gaun itu. - 365jia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain