suria

Lelaki Tikam, Tuduh Kekasih Ada Hubungan Dengan Jimmy Choo

Natasha Wild dan Lloyd Brackenbury. -fotoCavendishPress/TheSun

DIARI seorang pelajar mendedahkan tentang kehidupan yang dilaluinya sebelum dia ditikam oleh teman lelaki yang kuat cemburu.

Natasha Wild, 23, menyimpan maklumat mengenai sikap paranoid Lloyd Brackenbury yang juga selalu mencemuh kakaknya yang terbunuh dalam kebakaran.

Dalam diarinya yang bertajuk 'Bagaimana kehidupan dengan Lloyd', dia menulis tentang bagaimana dia tiba-tiba dikejutkan teman lelakinya pada waktu malam, dipanggil penipu dan dia juga dituduh mempunyai hubungan dengan pereka kasut terkenal Jimmy Choo.

-fotoCavendishPress/TheSun

"Lloyd percaya saya menipunya dengan menjalinkan hubungan dengan lelaki pereka fesyen bernama Jimmy Choo.

"Suatu hari saya pulang ke rumah dengan seluar basah kerana memandikan anjing di rumah ibu bapa saya, tetapi bagi Lloyd saya telah tidur dengan seseorang dan dia percaya saya seolah-olah cuba untuk membunuhnya, dia fikir saya adalah sebahagian daripada Mafia.

"Malam tadi, pada 8 Oktober dia berjaga sehingga 5 pagi tanpa bercakap dengan sesiapa, memanggil saya penipu dan cuba mengejutkan saya," memetik laporan The Sun.

Dalam satu entri dia mendedahkan bahawa Brackenbury akan memeriksa kemaluannya untuk memastikan dia tidak tidur dengan lelaki lain.

Diarinya itu ditemui selepas dia ditikam secara ngeri di leher dalam kejadian di kediaman mereka di Rochdale November lepas.

Ia juga mendedahkan bahawa Wild telah hamil anak Brackenbury tetapi menggugurkan kandungan secara rahsia.

Dia memberitahu ibunya, 'Lloyd akan bunuh saya jika dia tahu'.

-fotoCavendishPress/TheSun

Mahkamah Manchester mendengar bahawa Brackenbury mempunyai masalah 'skizofrenia paranoid' (sakit mental/jiwa kronik) dan pernah ditahan di hospital psikiatri.

Wild, yang menghidap cerebral palsy, adalah pelajar tahun tiga di Liverpool Hope University.

Pada Jun 2005, adik lelakinya, Alan Wild, sembilan tahun, kakak tirinya, Layla, 23, dan anak perempuan Layla, Courtney Nabb, 11 bulan, terkorban dalam satu kebakaran bersama seorang lagi rakan keluarga, Cole Ridgway yang berpunca daripada kerosakan alat elektrik.

-fotoCavendishPress/TheSun

Dia dan Brackenbury, bekas pelajar sains forensik di Manchester University bertemu pada tahun 2009 dan menjalinkan hubungan pada 2015 dan kemudian tinggal bersama.

Tetapi beberapa bulan sebelum kematiannya, dia berdepan kesukaran untuk menyuruh teman lelakinya itu mengambil ubat dan situasi itu telah diceritakan kepada ibunya, Susan.

Ibunya memberitahu mahkamah: "Sekitar setahun sebelum ini, dia mengandung dan menggugurkan kandungan tanpa pengetahuan Lloyd.

"Dia tidak memberitahunya kerana takut Lloyd akan membunuhnya yang ketika itu saya fikir sudah terlambat untuk memberikan komen.

"Dia menambah bahawa hubungan mereka sangat 'dahsyat' dan Natasha telah meraung apabila dia dituduh menipu." -metroUK

skizofrenia paranoid

Artikel Sebelum

Burung Pun Pandai Mengaji

Artikel Berikut

Balenciaga Buat Hal Lagi!

Artikel Lain