TOKYO: Shinzo Abe dilantik semula sebagai perdana menteri selepas menang besar pada pilihan raya bulan lalu dan bakal menyambut kedatangan Presiden Donald Trump yang dijangka membincangkan isu berkaitan Korea Utara. Abe,63 yang mula menyandang jawatan itu pada Disember 2012 berjanji untuk membaiki ekonomi dan aspek pertahanan negara. Kedua-dua dewan telah bersidang pada Rabu untuk satu sesi khas berikutan pemilihan pada 22 Oktober di Dewan Perwakilan, yang menyaksikan parti gabungan yang memerintah meraih kemenangan. Pada sesi berkenaan, pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) itu sebagai Perdana Menteri Jepun yang ke-98. Abe akan mengadakan rundingan dengan pemimpin Komeito iaitu Natsuo Yamaguchi dan melantik barisan kabinet baharu pada hari yang sama. Beliau dijangka melantik semula semua anggota yang membarisi kabinet sebelum ini. Mengenai lawatan Trump, perbualan telefon antara kedua pemimpin itu memberi fokus kepada usaha untuk menangani isu nuklear dan peluru berpandu Pyongyang. Trump dalam rangka lawatan kerja ke Jepun antara 5 hingga 7 November ini.