suria

Gadai Nyawa Selamatkan Akauntan Jatuh Landasan

Sarah Williams.

SEORANG lelaki misteri diangkat sebagai hero apabila sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan seorang akauntan yang terjatuh ke landasan kereta api di stesen Rochester, Kent minggu lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Sarah Williams dipercayai pengsan sebelum terjatuh dari platform stesen tersebut.

Sarah dan keluarganya kini sedang mencari lelaki berhati mulia itu yang turut bertindak melambai isyarat kecemasan kepada pemandu kereta api terbabit.

Gadis berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan pada siku dan muka selain patah gigi.

"Saya tidak dapat ingat semuanya. Saya hanya melihat kereta api datang dan saya bangun dari kerusi dan berjalan ke arah platform sebelum pengsan.

"Saya tidak sedarkan diri dan kemudian saya dengar seseorang berteriak menyuruh saya bangun kerana kereta api semakin hampir.

"Ia membuatkan saya trauma untuk menaiki kereta api semula. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyelamatkan nyawa saya terutamanya lelaki misteri itu," katanya.

Susulan insiden itu, kakitangan di stesen kereta api terbabit menenangkan Sarah sebelum membawanya ke hospital.

Sarah kini dilaporkan semakin pulih dan sedang berehat di kediamannya di Strood, Kent.

Stesen Rochester, akauntan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain