BEIRUT: Perdana Menteri Lebanon, Saad Hariri, yang mengumumkan peletakan jawatan mendakwa nyawanya diancam selain ditindas pihak Iran dan puak Hizbullah. “Saya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri. “Saya berasa ada gerakan rahsia yang menyasarkan nyawa saya,” katanya dalam ucapan yang disiarkan jaringan berita Al-Arabiya dari Arab Saudi. Pengumuman pemimpin berusia 47 tahun itu mengejutkan pelbagai pihak dan menganggap wujudnya krisis politik negara itu. Bapa Hariri, Rafik yang pernah memegang jawatan sama maut akibat dibunuh pada 2005 dan pernah mendakwa Iran serta Hizbullah yang merupakan sekutu Syiah di Lebanon berusaha menguasai rantau Arab. “Iran cuba mencengkam negara-negara di rantau ini. Hizbullah menjadi alat kepada Iran bukan sahaja di Lebanon tetapi juga di negara-negara Arab yang lain. “Dalam beberapa tahun ini, Hezbollah menggunakan kuasa sebagai senjata untuk melaksanakan cita-cita mereka,” katanya. Kata Hariri lagi, Teheran menyebarkan perselisihan dalam kalangan anak-anak satu bangsa untuk mewujudkan sebuah negara daripada beberapa negara.- Reuters