suria

Raja Salman Susun Semula Kabinet

Putera Mahkota Mohammed Salman

RIYADH: Raja Salman melantik dua menteri baharu untuk jawatan keselamatan dan ekonomi serta memecat seorang kerabat diraja Arab Saudi.

Selain itu, Jawatankuasa Anti-Rasuah dibentuk dan dipengerusikan Putera Mahkota Mohammed Salman.

"Rasuah di negara ini perlu ditangani dan pihak terbabit perlu dipertanggungjawabkan," kata dekri diraja itu.

Laporan Al Arabiya TV menyebut setakat ini 11 kerabat diraja, empat menteri dan 10 bekas menteri telah ditahan.

Rombakan kabinet juga menunjukkan Putera Miteb Abdullah menggantikan Menteri Keselamatan Nasional, Khaled Ayyaf, manakala Menteri Ekonomi, Adel Fakieh digantikan timbalannya, Mohammed al-Tuwaijri.

Putera Miteb adalah anakanda almarhum Raja Abdullah dan kehadirannya dalam kabinet adalah gabungan serasi bersama Putera Mahkota Mohammed, 32 yang juga anakanda Raja Salman.

Sementara itu, Tuwaijri adalah bekas juruterbang dan bekas ketua eksekutif sebuah bank, manakala Fakieh adalah eksekutif pemakanan serta pernah berkhidmat sebagai menteri buruh, kesihatan dan datuk bandar Jeddah.

Raja Salman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain