KINSHASA: Kemalangan melibatkan kereta api di Congo mengakibatkan 34 penumpang maut, manakala sekurang-kurangnya 26 yang lain cedera dalam kejadian di wilayah Lualaba. Bagaimanapun, pihak berkuasa menjangka angka korban dan cedera akan meningkat kerana 11 daripada 13 gerabak yang membawa bahan api terbakar dalam kejadian pada Ahad itu. Gabenor Richard Muyej Mangez berkata, mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Lubudi, kira-kira 30 kilometer dari lokasi kejadian di Buyofwe. Radio Okapi melaporkan, pengangkutan milik Syarikat Kereta Api Nasional Congo itu membawa penumpang dan kargo dari Lubumbashi ke Luena. Setakat ini, punca kejadian masih belum dapat dipastikan. Pihak berkuasa tempatan dan pegawai syarikat berkenaan telah bergegas ke lokasi. Ketua Pegawai Perubatan Lubudi berkata, kira-kira 30 mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berkenaan, termasuk yang cedera di bahagian kaki dan tangan.