JAKARTA: Polis Indonesia menembak mati dua suspek yang membakar kompleks balai polis dalam serangan menggunakan anak panah. Bangunan ibu pejabat polis di rantau Dharmasraya di Sumatera Barat itu dibakar pada Ahad. Bagaimanapun tiada yang kecederaan dilaporkan. "Kami sedang menyiasat kaitan antara kebakaran itu dan dua pengganas yang ditembak mati itu," kata jurucakap polis Rikwanto. Tambah beliau, beberapa keping keras bertulis mesej berkaitan jihad ditemui pada salah seorang suspek. Katanya, anggota bomba telah mengesan kehadiran dua suspek terlibat dan mereka telah menyerang pasukan keselamatan menggunakan anak panah sebelum ditembak mati. Anggota polis dan bangunan balai menjadi sasaran militan di Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini susulan tindakn pasukan anti keganasan untuk membanteras kegiatan kumpulan itu. Densus 88 adalah pasukan yang bertanggungjawab melaksanakan operasi bagi membanteras rangkaian militan di Indonesia.