SEORANG ibu berdepan hukuman 10 tahun penjara selepas membiarkan anak lelakinya kebuluran semata-mata mahu menuntut beberapa faedah. Lyubov Korotkova dituduh melakukan perbuatan 'sangat kejam, memalukan dan menyiksakan' selama lapan tahun, selain menipu doktor dengan menyatakan anaknya menghidap penyakit aneh. Pada usia 11 tahun, anak angkatnya, Valery Kondourov mempunyai berat badan kurang dari 12.7kg dengan ketinggian 3 kaki 5 inci, sama dengan berat seorang budak lelaki berusia lima tahun. -fotoEast2West News Penyiasat negeri di Rusia menuduh Koprotkova, lewat 40-an yang kini sedang ditahan sementara menunggu perbicaraan jenayahnya, dengan sengaja merancang untuk menuntut faedah palsu dengan membiarkan kanak-kanak itu kelaparan, sehingga dia kelihatan sakit. "Dia membiarkan budak itu lapar dan terpaksa mengambil ubat untuk mewujudkan manifestasi klinikal penyakit perut," kata sumber penguatkuasaan undang-undang. "Setelah menipu doktor, dia berjaya mendaftarkan anaknya sebagai kurang upaya dan mula menerima bantuan kewangan, pampasan dan elaun lain. "Dia telah mencuri faedah negara sebanyak £20,000 tetapi turut menerima sumbangan menurut laporan mengenai tuduhan terhadapnya yang turut termasuk penipuan dan menyebabkan 'kemudaratan kesihatan dengan sengaja' kepada anaknya itu." Kes itu mendapat perhatian pada Mei tetapi setelah penyelidikan dilakukan, Korotkova berdepan hingga sepuluh tahun penjara jika dihukum. Korotkova menipu pegawai-pegawai tempatan yang melihatnya sebagai 'wira' dengan membantu seorang budak lelaki yang sakit teruk. -metroUK