ISABELLA Amaral baru berumur 30 tahun, tetapi berat badannya kira-kira 490 kilogram. Dia tidak boleh bergerak atau berjalan. Bagaimanapun, Isabella perlu dibawa keluar ke Hospital Rosario di kampung halamannya di Argentina untuk menjadi pembedahan. Satu pasukan terpaksa memecah dinding bilik tidurnya bagi membolehkan dia dibawa keluar. Isabella akan menjalani pintasan lapisan perutnya, yang mana mengehadkan jumlah makanan yang boleh ditampung di dalam perut. Isabella Amaral. Foto CEN/Youtube Bagaimanapun, Isabella perlu mengurangkan 200 kilogram secara semula jadi sebelum boleh menjalani pembedahan. Sepupunya, Carmen berkata, usaha untuk membawa keluar Isabella dari rumahnya ke hospital amat berisiko. "Caranya nampak mengerikan tetapi pasukan bomba melakukannya segala-galanya sebaik mungkin. Kami bersyukur," katanya. Isabella dilaporkan menjalani diet cecair selama sebulan bagi membantunya mengurangkan berat badan. - Mirror