suria

Doktor Keluarkan Belut Masuk Dubur Lelaki Mabuk

SEORANG lelaki enggan memberitahu doktor bagaimana seekor belut memasuki duburnya ketika dia sedang mabuk.

Lelaki tersebut yang berusia dalam lingkungan 40-an dibawa untuk menjalani rawatan di Hospital Universiti Nanchang, timur China.

Imbasan x-ray menunjukkan seekor belut berada di dalam abdomennya.

Doktor berkata belut tersebut menyebabkan kecederaan serius di dalam badannya.

Belut tersebut yang menjadi makanan istimewa di China akhirnya berjaya dikeluarkan dari badan mangsa.

Pakar bedah percaya mangsa dengan sengaja memasukkan belut itu ke dalam duburnya.

Ia bukan kes pertama dilaporkan berlaku di China.

Pada April lalu, seorang lelaki berusia 49 tahun turut melalui insiden sama.

Lelaki yang dikenali sebagai Liu memasukkan belut itu ke dalam duburnya dipercayai untuk menyembuhkan sembelit.

Sebulan kemudian, seorang lelaki dari wilayah Sichuan juga menerima rawatan di hospital selepas rakannya memasukkan belut tersebut ke dalam duburnya untuk bergurau.

belut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Guru Tawar Gred Tinggi Demi Seks

Artikel Lain