suria

Kekasih Putera Harry Beri Isyarat Pindah Ke UK

MEGHAN Markle dikatakan akan memindahkan anjingnya ke United Kingdom, sekali gus memberi petunjuk jelas bahawa dia merancang untuk tinggal di London bersama Putera Harry.

Pelakon wanita dari Amerika Syarikat (AS) berusia 36 tahun itu yang menjalinkan hubungan dengan Harry pada musim panas lalu, diketahui sangat sayangkan dua anjing peliharaannya Bogart dan Guy.

Harry, 33, juga dikatakan sukakan anjing-anjing tersebut.

"Tindakan dia memulakan proses pemindahan anjing-anjingnya ke England adalah petanda jelas bahawa dia merancang masa depannya untuk tinggal di London bersama Harry," kata seorang sumber kepada The Sun.

"Dia sangat rapat dengan dua anjing itu.

"Dia membiarkan haiwan itu tidur di atas katilnya dan mereka hanya makan makanan organik berkualiti tinggi."

Markle, yang membnintangi drama Suits dikhabarkan akan berpindah ke UK sejak dia dan Harry tampil secara terbuka di Invictus Games di Kanada pada September.

Timbul desas-desus mengenai pertunangan mereka apabila mereka bertemu Ratu bulan lalu untuk minum teh.

Untuk memindahkan anjing dari AS ke Britain, Markle perlu meletakkan cip mikro dan memberikan mereka vaksinasi.

Dia pernah berkata bahawa anjing itu adalah 'segala-gala buat dirinya' dan telah menggambarkan dua haiwan peliharaannya itu sebagai 'cintaku' dan 'anak lelakiku'.

Sedikit masa lalu, gambar-gambar haiwan kesayangannya itu berada di atas katil sering dimuat naik di laman Instagramnya.

Kedua-dua anjing itu diselamatkan dari tempat perlindungan di Los Angeles, bandar kediaman Markle.

Tanda-tanda persiapan untuk berpindah lain juga dapat dilihat apabila dia telah mengurangkan komitmen Hollywoodnya.

Putera Harry, Meghan Markle

Artikel Sebelum

42 Bas Sekolah 'Ditanam'

Artikel Berikut

Artikel Lain