suria

Guna Raket Tenis Lenyek Kentang

SEBUAH kedai roti dikenakan denda sebanyak 152,000 pound sterling selepas didapati bersalah melenyek ubi kentang dengan raket tenis.

Kedai roti, Doce Bakers & Sweet Mahal yang berkongsi premis sama mempunyai masalah serangga perosak yang berterusan, lantai dan peralatan yang kotor.

Pegawai Majlis Enfield melakukan lawatan mengejut pertama ke atas premis tersebut di Edmonton, utara London, hujung Januari lalu.

Namun, mereka melakukan kunjungan mengejut kali kedua pada Julai dan mendapati standard kebersihan premis itu jatuh merosot.

Lebih mengejutkan, mereka menjumpai raket tenis kotor yang digunakan untuk melenyek ubi kentang.

Pengarah syarikat Sweet Mahal, Rana Ahmed dan Pengarah Doce Bakers, Nizakat Ali masing-masing didenda di Mahkamah Majistret Highbury.

Kedai roti tersebut menawarkan menu pencuci mulut, manisan, barangan roti dan samosas.

kedai roti, raket tenis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Budak 'Amuk' Di Sephora

Artikel Lain