suria

Peserta India Dinobat Miss World 2017

SANYA: Manushi Chhillar dari India dinobat sebagai Miss World 2017 dalam pertandingan ratu cantik berkenaan yang diadakan di Sanya, China.

Kemenangan itu berpihak semula kepada India selepas Priyanka Chopra kali terakhir meraih gelaran itu pada 2000.

Andrea Meza yang juga Miss Mexico diumumkan sebagai naib juara manakala Stephanie Hill dari England di tempat ketiga.

Seramai 108 peserta dari seluruh dunia menyertai pertandingan ratu cantik itu.

Chhillar bersama ibu bapanya.

Chhillar, 20, dari Haryana merupakan penuntut di Kolej Perubatan Kerajaan Bhagat Phool Singh di Sonepat, India.

Berdasarkan profil Chhillar di laman web pertandingan ratu cantik itu, gadis tersebut bercita-cita untuk menjadi pakar bedah jantung.

Dia turut merancang untuk membuka sebuah hospital yang menawarkan perkhidmatan percuma di kawasan luar bandar.

Malah, Chhillar juga merupakan seorang penari klasik terlatih dan gemar melakukan aktiviti lasak seperti selam skuba, snorkeling dan bungee jumping.

India, Miss World 2017

Artikel Sebelum

Mereka Langsung Tak Peduli!

Artikel Berikut

Artikel Lain