suria

Kanak-Kanak Lelaki Bunuh Diri

PIHAK berkuasa sedang menyiasat insiden seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang membunuh diri di sebuah kem pelarian di Austria.

Pelajar sekolah itu dikatakan membunuh diri selepas ditangkap mencuri barangan berjumlah €6 (RM29) dari sebuah kedai.

Dia dikatakan terpaksa menjaga enam adik beradiknya termasuk seorang abang berusia 23 tahun yang mengidap sindrom down.

Keluarganya dikatakan tinggal di kem pelarian di Baden, barat daya Vienna, sejak tahun lalu, lapor The Independent.

Dalam pada itu, seorang ahli parti politik yang baru dibentuk, Dorothea Blancke, berkongsi mengenai insiden itu melalui laman Facebook miliknya.

Dia mendakwa kejadian itu adalah skandal monumental dan mendesak jawapan dari Menteri Integrasi Austria, Sebastian Kurz, Menteri Dalam Negeri, Wolfgang Sobotka dan Canselor Persekutuan, Christian Kern.

Menurut laman web berita Osterreich dari Austria, budak itu menetap di kawasan berkenaan dan turut bermain untuk sebuah kelab bola tempatan.

Namun, dia dikatakan bimbang akan dihalau bersama abangnya setelah ditangkap mencuri.

Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kem berkenaan sebelum meninggal dunia di hospital pada hari berikutnya.

Bunuh diri, tertekan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain