suria

Bakar Flat Kekasih Selepas Ditinggalkan

SEORANG wanita bertindak membakar flat kediamannya teman lelakinya selepas dia ditinggalkan pada sambutan Hari Kekasih.

Kasey Lee Schembri, 21, yang hamil anak pertama hasil hubungan dengan kekasihnya pada ketika itu, berang apabila diarahkan keluar dari sebuah rumah yang terletak di Falcon Drive, Cardiff Bay.

Dia mendakwa kekasihnya itu tidak mahukan anak yang dikandungnya.

Kasey kemudiannya bertindak membakar kertas yang terdapat di dalam kotak surat.

Kekasihnya pulang ke rumah dan menyedari asap keluar dari pintu hadapan dan tidak dapat memasuki rumahnya kerana kunci tersekat pada tombol pintu.

Namun dia merempuh pintu rumahnya dan dengan bantuan jiran, kebakaran tersebut berjaya dipadamkan sebelum merebak ke rumah lain.

Kasey mengaku bersalah memulakan kebakaran tersebut dan dipenjara selama 26 bulan tetapi dikurangkan kepada 20 bulan.

Dia akan dibebaskan menjelang Krismas ini dan boleh meraikan sambutan tersebut bersama bayinya yang dilahirkan semasa di dalam penjara Eastwood Park.

Kasey hanya dibenarkan bertemu dengan bayinya dua jam setiap minggu semasa di dalam penjara.

kebakaran

Artikel Sebelum

Cara Mudah 'Buat Duit' Atas Jalan

Artikel Berikut

Rumah Enam Jam

Artikel Lain