SEORANG ibu di China membunuh diri hanya kerana tunang anak lelakinya terlalu pendek. Mayat wanita berumur 47 tahun itu ditemui di sebatang sungai di Ningling di wilayah Henan pada 17 November lalu. Suami yang menemui mayat isterinya kemudiannya terjun ke dalam sungai kerana terlalu sedih. Anak lelaki mangsa cuba menyelamatkan bapanya sebelum kedua-duanya diselamatkan oleh pihak polis. Memetik laporan People's Daily, wanita tersebut membunuh diri kerana tidak mampu menunaikan hadiah perkahwinan yang mahal berupa sebuah kereta seperti yang dituntut tunang anak lelakinya. Jabatan propaganda Ningling bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Menurut satu 'posting' di akaun rasmi media sosial mereka, pihak berkuasa memberitahu bahawa mangsa membunuh diri kerana tidak gembira dengan ketinggian tunang anak lelakinya. Kenyataan itu berkata: "Si mati Lin tidak bersetuju dengan anak lelakinya berhubung pertunangan. "Lin tidak menyukai pasangan anak lelakinya, sambil mendakwa gadis itu terlalu pendek. "Dia mengancam untuk membunuh dirinya," menurut kenyataan itu. - Mail Online