suria

Trak Tunda Langgar Pesawat Di Glasgow

Paparan skrin video yang merakamkan pasukan kecemasan di lokasi kejadian di Lapangan Terbang Glasgow. Foto Mirror

LAPANGAN terbang Glasgow di Scotland terpaksa ditutup sementara berikutan insiden sebuah trak tunda pesawat berlanggar dengan sebuah pesawat penumpang.

Ketika kejadian, pesawat berkenaan sedang membuat persiapan untuk berlepas.

Insiden berlaku pada pukul 8.45 malam (3.45 pagi Sabtu waktu Malaysia) melibatkan sebuah pesawat Britisih Airways.

Trak tunda itu kemungkinan tergelincir di atas landasan berais semasa pesawat tersebut ditarik dari terminal.

Pasukan Bomba Scotland menghantar tiga jenteranya ke lokasi kejadian sebagai langkah berjaga-jaga.

Tiada kecederaan dilaporkan dan lapangan terbang tersebut kini dibuka semula.

Seorang jurucakap Lapangan Terbang Glasgow berkata: "Kami telah beroperasi. Landasan dilanda air beku akibat hujan berterusan dan suhu sejuk.

"Penerbangan berlepas ke Gatwick London dibatalkan berikutan insiden kecil melibatkan kereta penunda akibat keadaan yang beku.

"Keselamatan merupakan keutamaan kami dan memohon maaf di atas sebarang gangguan yang berlaku.

"Kami terus menjalankan kerja-kerja mencairkan ais di kawasan landasan," katanya. - BBC News

pesawat, Glasgow

Artikel Sebelum

Guna Pisau Cukur Cuci Biji Mata!

Artikel Berikut

Artikel Lain