suria

Guna Pisau Cukur Cuci Biji Mata!

REX/Shutterstock

SEORANG tukang gunting rambut veteran mendedahkan bagaimana dia mampu membersihkan bola mata manusia dengan pisau cukur selama lebih dari 40 tahun tanpa sebarang masalah.

Xiong Gaowu, 62, mempunyai kemahiran tersendiri, berbeza dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh tukang gunting atau pendandan rambut biasa.

Dia dianggap seorang pakar pencuci dan pengikis bola mata, apabila menggunakan sebilah pisau cukur satu besi nipis untuk membersihkan mata pelanggannya.

REX/Shutterstock

Proses lima minit itu termasuklah menarik kelopak mata di bahagian atas dan bawah sehingga bola mata tertonjol.

REX/Shutterstock

Bola mata kemudian dibersihkan dengan cara mengikis permukaannya dengan pisau cukur tajam.

Pembersihan kedua-dua kelopak mata, atas dan bawah dilakukan secara berasingan.

REX/Shutterstock

Iodin digunakan untuk tujuan pensterilan sebelum ubat titis mata diletakkan pada bilah pisau.

Dia dilaporkan mendakwa tidak pernah berdepan masalah melakukannya selama lebih dari 40 tahun.

Kaedah ini membolehkannya membersihkan bahagian dalam kelopak mata, supaya pelanggan dapat melihat dengan lebih jelas dan terang.

REX/Shutterstock

Tetapi perkhidmatannya itu hanya ditawarkan kepada pelanggan berusia 30 tahun ke atas.

Ini kerana orang muda tidak mempunyai sebarang kotoran di mata mereka, lapor People’s China Daily.

Kedai gunting rambutnya yang 'terbuka' ini terletak di Chengdu, ibu negara barat daya wilayah Sichuan China.

cuci mata, pisau cukur

Artikel Sebelum

Pindah Gunung Dapat Duit

Artikel Berikut

Artikel Lain