suria

Pasangan Campak Basikal Serah Diri

SINGAPURA: Lelaki dan wanita dirakam menolak dua basikal ke dalam sebuah parit yang tular di media sosial, menyerah diri kepada polis pada Jumaat.

Menurut Sinar Harian yang memetik laporan ST, pasangan itu menyerah diri di Balai Polis Bukit Merah, di sini.

Kata polis, seorang lelaki berusia 37 tahun dan seorang wanita berusia 36 tahun kini sedang membantu siasatan.

Jika didapati bersalah, kedua-duanya boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kejadian dipercayai berlaku pada 19 November lepas, di antara pukul 4 petang hingga 5 petang di Jalan Lower Delta.

oBike

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain