suria

Penutupan Lapangan Terbang Bali Dilanjutkan

Penumpang berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai, Denpasar, Bali selepas semua penerbangan dibatalkan.

JAKARTA: Kementerian Pengangkutan Indonesia melanjutkan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai, Denpasar, Bali untuk tempoh 24 jam.

Penutupan itu susulan letusan Gunung Berapi Agung yang mula mengeluarkan debu.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, laporan pihak berkuasa penerbangan tempatan menunjukkan laluan penerbangan pesawat tertutup oleh debu gunung berapi.

Penutupan dijangka berakhir menjelang pukul 7 pagi waktu tempatan pada 29 November.

Dalam notis berasingan menunjukkan Lapangan Terbang Lombok dibuka semula selepas ditutup sepanjang malam susulan letusan gunung berapi tersebut.

Gunung Agung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Harry Lamar Meghan Ketika Memasak

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan