suria

Harry Lamar Meghan Ketika Memasak

SETIAP lelaki pastinya mempunyai cara tersendiri untuk melamar kekasih mereka.

Namun Putera Harry membuat kejutan apabila melamar Meghan Markle dengan gaya penuh romantis apabila melutut di hadapan wanita itu semasa mereka sedang memasak ayam panggang di rumah.

Clarence House mengumumkan pertunangan pasangan tersebut secara dalam talian sambil menambah Harry telah mendapat persetujuan daripada neneknya dan ibu bapa Meghan sebelum melamar kekasihnya itu.

"Ia kejutan yang menakjubkan. Caranya amat romantik dan semula jadi. Dia melutut di hadapan saya," kata Meghan.

Ditanya sama ada dia berkata ya sejurus selepas lamaran itu, Meghan berkata:"Oh ya, saya hampir tidak membiarkan dia selesai melamar. Saya seperti, 'Boleh saya katakan ya sekarang?," kata Meghan.

Susulan mendengar reaksi balas Meghan, Harry pantas menyarung cincin di jari kekasihnya itu.


"Hakikatnya saya jatuh cinta dengan Meghan begitu pantas. Wanita cantik ini berjaya menambat hati saya," kata Harry.

Pasangan itu memberitahu Mishal Hussain dari BBC, bahawa mereka disatukan menerusi seorang rakan yang tidak didedahkan namanya.

Meghan berkata soalan pertama untuk rakannya itu terhadap Harry adalah 'adakah dia baik?'.

Selepas membuat janji temu selama beberapa bulan, Harry duduk di atas sofa dengan Meghan untuk berbincang secara serius mengenai hubungan mereka.

Malah Harry turut mendedahkan bagaimana dia mereka bentuk cincin pertunangan tersebut.

"Cincin tersebut sebenarnya emas kuning kerana itu warna kegemarannya dan batu asal diambil dari Botswana.

"Batu permata kecil di tepinya adalah koleksi barang kemas ibu saya untuk memastikan dia sentiasa bersama kami," kata Harry.

Putera Harry, Meghan Markle

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain