SEORANG ibu, Silvia Reyes Batalla dikesan membawa mayat anak lelakinya yang diletakkan di dalam beg plastik dengan menaiki sebuah bas dari Mexico. Menurut wanita itu, dia mahu mengebuminya mayat anaknya itu di kampung halaman mereka tetapi tidak mampu membayar kos pengangkutan lain. Ketika ditanya apa yang dilakukannya, Silvia berkata dia dan kekasihnya, Alfonso Refugio domunguez, 53, membawa mayat anak lelaki mereka berusia tiga tahun lima bulan untuk dikebumikan di Puebla. Silvia menjelaskan bahawa mereka mahu mengebumikan kanak-kanak itu di sana. Difahamkan kanak-kanak tersebut meninggal dunia sehari sebelum itu selepas mengalami masalah jantung. Wanita itu membawa anaknya ke Mexico tetapi dia telah meninggal dunia. Jadi Silvia merancang untuk pulang ke Puebla keesokan harinya supaya anaknya boleh dikebumikan di sana. Kakitangan syarikat bas yang dinaiki mereka pada awalnya salah faham mengenai situasi tersebut dan segera menghubungi paramedik tetapi kanak-kanak itu telah disahkan meninggal dunia. Pasukan perubatan itu menambah kisah kematian kanak-kanak tersebut yang diceritakan Silvia munasabah. Media Mexico melaporkan pihak pendakwa sedang menyiasat punca kematian sebenar kanak-kanak itu. Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada Silvia didakwa atas sebarang kesalahan.