suria

Ahok-Agnez Mo Paling Popular - Twitter Indonesia

TWITTER Indonesia mendedahkan personaliti yang memiliki akaun paling popular di media sosial sepanjang 2017.

Bekas Gabenor Jakarta, Basuki "Ahok" Tajahaja Purnama menduduki tangga teratas sebagai individu yang paling banyak diperkatakan menerusi Twitter, demikian lapor agensi berta Antara.

Beliau diikuti Presiden Joko "Jokowi' Widodo yang juga aktif menggunakan Twitter, manakala tempat ketiga adalah pengganti Ahok, Anies Baswedan.

Sementara itu, penyanyi Agnez Monica atau Agnez Mo mengungguli senarai sebagai warga Indonesia yang mempunyai pengikut paling ramai iaitu 17.4 juta. Jumlah itu meningkat lapan peratus berbanding tahun sebelumnya sebanyak 16.1 pengikut.

Selain itu, bloger dan pelawak Raditya Dika menduduki tangga kedua dengan 16.3 juta pengikut, peningkatan 14.5 juga berbanding 2016.

Laman web berita dalam talian Detik pula disenaraikan sebagai akaun ketiga paling ramai pengikut dengan 14.7 juta.

Twitter Indonesia juga memberitahu, hashtag paling popular tahun ini adalah #Persibday. Ia biasa digunakan peminat pasukan bola sepak Persib Bandung.

Hashtag yang menduduki tempat kedua adalah #JumatBerkah yang sering digunakan pada Jumaat, manakala tangga ketiga adalah #WingTourinJakarta yang digunakan kumpulan k-pop Bangtan Boys.- The Jakarta Post

Agnez Mo, Ahok, Twitter

Artikel Sebelum

Lelaki Simen Kepala Dalam Ketuhar

Artikel Berikut

Bapa Mengamuk, Anak Jadi Hero

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia