suria

Putera Mahkota Saudi Pemilik Karya Da Vinci

PUTERA Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman adalah pemilik sebenar lukisan yang dihasilkan Leonardo da Vinci pada harga mencecah AS$450 juta (RM1.8 bilion).

Karya pelukis terkemuka itu dibeli pada acara lelongan yang berlangsung November, lapor The Wall Street Journal.

Putera yang dikenali dengan nama singkatannya MBS menggunakan orang tengah untuk memiliki hasil seni bertajuk Salvator Mundi.

Putera Bader bin Abdullah bin Mohammed bin Farhan al-Saud dilaporkan telah membeli lukisan berkenaan.

Bagaimanapun, hasil risikan AS mendapati, pemilik sebenarnya adalah annakanda kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman itu.

"Dia adalah proksi kepada MBS," demikian kata sumber The Journal.

Salvator Mundi dihasilkan sekitar 1,500 tahun lalu.

Da Vinci, MBS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain