BERLIN: Dua beg peluru yang ditemui dekat sebuah pasar Krismas dan masjid di barat Berlin tidak mempunyai kaitan dengan keganasan mahupun kedua-dua tempat itu, kata polis pada Ahad.
Ditanya mengenai kemungkinan penemuan dua beg tersebut dengan keganasan, seorang jurucakap polis berkata: "Tidak sama sekali."
"Amunisi sering dijumpai di Berlin," tambahnya.
"Seseorang mungkin membersihkan ruang bawah tanah mereka dan menjumpai sesuatu yang ditinggalkan datuk mereka."
Jerman kini mengambil langkah berjaga-jaga terhadap serangan keganasan, selepas setahun satu kumpulan militan merempuh sebuah pasar Krismas di tengah Berlin menggunakan trak.
Insiden tersebut mengorbankan 11 orang termasuk pemandu trak berkenaan. - Reuters