SEBUAH keluarga di Bremervorde, Jerman mengambil masa enam bulan untuk mengira duit syiling berjumlah 1.2 juta keping. Ia bermula 30 tahun lalau apabila seorang pemandu lori mula menyimpan duit syiling bernilai 1 pfenning (0.01 Deutsche Mark) dan 2 pfenning (0.02 Deutsche Mark) untuk keluarganya. Dia berjaya mengumpul 1.2 juta keping sebelum meninggal dunia awal tahun ini. Namun kini, nilai mata wang Deutsche Marks tidak digunakan lagi sejak tahun 2002. Bagaimana pun Bank Pusat Jerman, Bundesbank masih menerima mata wang lama. Dengan itu, keluarga lelaki tersebut terpaksa mengira satu persatu keping wang syiling itu sebelum ditukar kepada Bundesbank.