suria

Feri Terbalik: 4 Disyaki Maut, Lebih 100 Hilang

MANILA: Sebuah feri yang membawa 251 penumpang dilaporkan terbalik ketika cuaca buruk di perairan berdekatan pulau di sini, kata jurucakap penawai pantai.

Media melaporkan dalam kejadian itu, setakat ini, empat dilaporkan terkorban, manakala 140 dapat diselamatkan.

Jurucakap pengawal pantai, Armand Balilo berkata, pasukannya serta helikopter tentera bergegas ke lokasi kejadian di Pulau Polillo.

Stesen radio temptan juga melaporkan empat maut dan 140 lagi telah diselamatkan, bagaimanapun kata Balilo ia masih tidak dapat disahkan.

"Kami mendapat maklumat mengenai adanya kematian, bagaimanapun fakta sebenar kejadian itu masih dikumpul," katanya.

Katanya, kemalangan berlaku di bandar Real kira-kira 70 kilometer di timur Manila ketika ia dalam perjalanan ke Pulau Polillo.

Pulau Polillo, Filipina

Artikel Sebelum

‘Perisik Rusia’ Ditahan

Artikel Berikut

TPM Britain Dipecat

Artikel Lain