LONDON: Timbalan Perdana Menteri Britain yang sebelum ini didakwa menyimpan bahan lucah dalam komputer pejabat akhirnya telah dipecat. BBC dalam laporannya menyebut, Damian Green juga berbohong dalam kenyataannya semasa siasatan berhubung perkara berkenaan dilaksanakan. Green yang juga sekutu rapat Perdana Menteri, Theresa May didapati bersalah melanggar etika penjawat awam. Laporan sebelum ini berkaitan penemuan bahan lucah itu ketika pihak berkuasa membuat inkuiri mengenai kes kebocoran maklumat pada 2008. Selain menyimpan bahan lucah, Green juga berhadapan dakwaan meminta rasuah seks dari wartawan, Kate Maltby pada 2015. Sementara itu, May menganggap tindakan Green menyimpan bahan lucah sebagai sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh seorang menteri kabinet.