suria

Selepas Diampun, Fujimori Mohon Maaf

LIMA: Bekas pemimpin Peru yang kini terlantar sakit, Alberto Fujimori, meminta maaf kepada rakyat negara itu hanya dua hari selepas mendapat pengampunan Presiden Pedro Pablo Kuczynski.

Pengampunan sempena sambutan perayaan Krismas terhadap Fujimori yang kini berusia 79 tahun itu bagaimanapun telah mencetuskan bantahan.

"Saya sedar keputusan kerajaan cuma disambut baik sebelah pihak, tetapi saya mengaku mengecewakan ramai rakyat.

"Dengan sepenuh hati saya meminta mereka maafkan saya," katanya dalam video Facebook yang dirakam di hospital.

Fujimori menjalani hukuman penjara 25 tahun di atas kesalahan rasuah dan pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan sepanjang pentadbirannya antara 1990 hingga 2000.

Beliau dipindahkan dari penjara ke hospital Ahad lalu selepas mengalami tekanan darah rendah dan degupan jantung tidak teratur.

Dalam rakaman video itu, Fujimori terbaring di  katil dengan memakai baju putih, kelihatan  alat tekanan darah pada lengan kanan dan satu lagi alat pemantau dikenakan pada jari tengah kirinya.

Katanya, pengampunan itu mengejutkannya dan mencetuskan perasaan bercampur 'keseronokan dan kesedihan'.

Pada Ahad, Kuczynski memberi pengampunan kepada Fujimori dan tujuh lagi  atas dasar kemanusiaan, meletakkan beliau dalam krisis politik selepas berjaya mengelakkan pemecatan beberapa hari sebelum itu. 

Fujimori, Peru

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain