NEW YORK: Sekurang-kurangnya 12 maut, manakala 15 yang lain cedera parah orang dalam kebakaran di pangsapuri lima tingkat di Bronx, pinggir bandar raya ini. Jabatan bomba memaklumkan kejadian berhampiran Zoo Bronx itu menerusi akaun rasmi Twitternya. Jurucakap Datuk Bandar Bill de Blasio, Eric Phillips berkata, besar kemungkinan angka kematian akan meningkat. Kira-kira 170 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dalam cuaca sejuk di bawah paras beku, -10 Celsius. Setakat ini, kejadian yang berlaku sebelum pukul 7 malam itu berjaya dikawal anggota bomba. Asap dari kebakaran yang merebak dengan pantas itu mengakibatkan majoriti tingkap di aras tiga bangunan itu pecah.