suria

Nepal Larang Pendaki Solo

NEPAL melarang pendaki solo daripada mendaki gunung-gunung di sekitarnya termasuk Gunung Everest.

Larangan tersebut dibuat bagai mengurangkan risiko kemalangan termasuk yang mengalami amputasi serta pendaki buta daripada menawan puncak gunung tertinggi dunia itu tanpa sebarang sijil kesihatan.

Pegawai pelancong berkata, undang-undang telah dikaji bagi memastikan semua pendaki selamat dan mengurangkan jumlah kematian.

Jumlah kematian tahun ini kekal enam orang termasuk seorang pendaki berusia 85 tahun Min Mahadur Sherchan yang cuba memperbaharui rekod individu tertua sampai ke puncak miliknya.

Selain itu, pendaki Switzerland, Ueli Steck yang dikenali 'Swiss Machine' turut kehilangan nyawa ketika menadki secara solo mendaki gunung berdekatan Everest.

Gunung Everest

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain