SEORANG wanita Singapura cuba membunuh diri dengan terjun dari bangunan letak kereta bertingkat selepas kekasih yang dikenalinya secara dalam talian tidak munculkan diri. Wanita itu yang sanggup terbang ke Taiwan demi berjumpa kekasihnya dilaporkan berbuat demikian pada pukul 12.30 tengah hari Khamis, lapor media Taiwan. Menteri Luar Singapura (MFA) turut dimaklumkan mengenai insiden yang melibatkan wanita bernama Chew yang berusia 37 tahun itu. Menurut Shin Min Daily News pada Jumaat, kejadian tersebut berlaku di tempat letak kereta di Jalan Zhongli District's Yanping Road, bandar Taoyuan di Taiwan. Wanita itu dilaporkan berdiri di atas bumbung bangunan lima tingkat tersebut. Sementara itu, Taiwan Apple Daily berkata, pihak polis menerima laporan mengenai insiden itu dah bergegas ke tempat kejadian bersama pasukan pertahanan awam. Polis tidak dapat mendekati Chew kerana dia berada dalam keadaan tidak stabil. Akhirnya, mereka berjaya memujuk wanita tersebut untuk duduk dengan bahagian belakang badannya menghadap jalan raya. Ketika Chew sedang leka, pasukan penyelamat menyembur air ke arahnya lalu menyebabkan Chew jatuh ke tempat selamat. Pasukan penyelamat mendapatkan Chew dengan segara dan membawanya ke hospital. - The Straits Times/Asia News Network