suria

Ramalan Masa Depan Harry-Markle Yang 'Tak Sedap Didengar'

SEORANG ahli psikik Australia telah membuat ramalan ‘tak sedap' didengar tentang pasangan di Britain yang sedang hangat bercinta dan bakal berkahwin tidak lama lagi iaitu Putera Harry dan Meghan Markle.

Semua orang tahu bahawa Harry dan Meghan akan disatukan pada bulan Mei. Itu pasti!

Tetapi ahli psikik berkenaan, Kerrie Erwin dalam satu rancangan temubual pagi 'Sunrise' dengan sedih menyatakan bahawa dia meramalkan perkara-perkara yang  tidak kelihatan baik untuk pasangan tersebut.

Kerrie Erwin.

“Saya dapat merasakan kehamilan pada tahun depan. Tetapi sebenarnya saya tidak fikir ia akan kekal.

“Saya mungkin akan memberi masa lima tahun. Saya rasa ada banyak perkara peribadi yang berlaku antara mereka kerana mereka adalah dua individu yang sangat berpengaruh.

“Satu perkara yang menyedihkan. Saya doakan yang terbaik untuk mereka semua, tapi ia tak nampak tak baik."

Kerrie juga membuat ramalan bahawa bayi Putera William dan Kate Middleton akan datang adalah perempuan. -mailOnline

Putera Harry, Meghan Markle, ramalan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain